Tandukan Morata membuka ruang untuk Fabregas meletakkan Chelsea mendahului pada minit ke-27.
Ketika Everton gagal memberikan tentangan, Chelsea menggandakan kelebihan lima minit sebelum rehat apabila Morata menanduk hantaran silang Cesar Azpilicueta.
Ia perlawanan yang mengecewakan buat pemain Everton, Wayne Rooney yang terlepas satu peluang untuk menjaringkan gol
selain menerima kad kuning.
Sementara itu, jaringan Marcus Rashford dan Marouane Fellaini memastikan permulaan sempurna Manchester United di awal musim liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Leicester semalam.
Dua jaringan tersebut menebuskan kehampaan setelah Romelu Lukaku gagal menyempurnakan sepakan penalti yang ditepis penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel pada minit ke-53 permainan. – AGENSI