Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Chelsea mula 
pancing Verratti

Marco VERRATTI (kiri) kini menjadi sasaran Chelsea kerana pemain
MARCO VERRATTI (kiri) kini menjadi sasaran Chelsea kerana pemain PSG itu dikatakan kreatif dan mampu memberikan impak besar kepada The Blues dalam mengharungi cabaran musim depan. AFP

LONDON 18 Mei - Chelsea memulakan bidaan 55 juta pound (RM308.52 juta) bagi mendapatkan pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Marco Verratti.

Akhbar The Sun men­dakwa, Antonio Conte melihat pemain berusia 24 tahun itu sebagai seseorang yang kreatif dan mampu memberikan impak besar kepada Chelsea pada musim hadapan.

Verratti sebelum ini pernah beraksi di bawah kendalian Conte semasa di dalam skuad Itali dan pengendali The Blues itu percaya pemain tengah tersebut mampu memberikan kelebihan taktikal kepada pasukan.

PSG yang tewas kepada Monaco dalam perubatan kejuaraan Ligue1, semalam dilaporkan sudah bersedia untuk melepaskan Verratti dan pemain itu sedang mempertimbangkan Stamford Bridge sebagai destinasi berikutnya.

Chelsea juga bersedia untuk membawa masuk Verratti dengan menjanjikan kenaikan gaji lumayan berbanding 120,000 pound (RM673,142) seminggu yang diterimanya ketika berada di Paris.

Ketika ditanya awal minggu ini sama ada dia akan kekal di PSG untuk semusim lagi, pemain Itali itu menjawab: “Ya, saya masih ada kontrak di Paris dan saya sangat gembira berada di sini,” kata Verratti. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain