Oxlade-Chamberlain yang kini tinggal 12 bulan baki kontrak bersama The Gunners telah diberikan tawaran baharu, namun pemain itu dikatakan mahu merasai cabaran bersama kelab lain selepas enam tahun bersama Arsenal.

Difahamkan Chelsea menawarkan 35 juta pound untuk membawa pemain tengah England itu ke Stamford Bridge.

Bagaimanapun kelab itu terpaksa bersaing dengan Tottenham bagi mendapatkan khidmat Barkley yang kini dalam proses pemulihan ekoran kecederaan.

Chelsea dikatakan bersedia bersaing dengan berapa juga tawaran dari Spur untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu dari Everton.

Pihak pengurusan Chelsea berharap dapat bersemuka dengan pemilik Everton, Farhad Moshiri, atau pengerusinya, Bill Kenwright ahad ini. - Agensi