Skuad bimbingan Antonio Conte mendominasi keseluruhan permainan di Stamford Bridge, yang mana video bantuan pengadil (VAR) digunakan dalam saingan tersebut, namun ketumpulan di bahagian serangan gagal memberikan Chelsea bekalan selesa ke aksi timbal balik nanti.

Mereka melakukan 21 percubaan tepat berbanding Arsenal lapan, dengan aksi separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Emirates pada 24 Januari ini.

“Kami kurang klinikal biarpun mencipta banyak peluang. Jika anda mahu menang, anda perlu menjaringkan gol.

“Bagaimanapun kami gagal melaksanakannya, tetapi kami sedar kami akan bertandang ke Arsenal, jadi kami perlu bersiap sedia sepenuhnya dalam usaha meloloskan diri ke pentas akhir (Piala Liga),” ujar Conte. - AFP