Walaupun mendahului seawal minit ke-18 menerusi Ruben Loftus-Cheek selain menguasai sebahagian besar permainan di babak pertama, kelekaan pemain Chelsea di babak kedua telah membenarkan pasukan tuan rumah menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Raul Jiminez dan Diogo Jota.

Ini merupakan kekalahan kedua Chelsea di bawah bimbingan Sarri musim ini sekaligus memberi tamparan hebat menjelang pertemuan dengan Manchester City awal pagi Ahad ini. Chelsea kini 10 mata di belakang pendahulu liga itu. - AFP