Ini rentetan daripada kekalahan 0-3 Chelsea kepada AS Roma dan keputusan seri 1-1 Atletico dengan kelab Azerbaijan, Qarabag awal pagi tadi yang sekaligus menyaksikan salah satu daripada mereka berdepan kemungkinan tersingkir awal dari saingan peringkat Eropah kali ini.

Paling terkesan daripada keputusan terbaharu itu adalah naib juara 2014 dan 2016, Atletico yang hanya mengumpul tiga mata daripada empat perlawanan setakat ini ketika Roma mengungguli kumpulan dengan lapan mata dan Chelsea tujuh mata. Ketiga-tiga kelab akan bertemu sesama mereka dalam baki dua perlawanan lagi. - Agensi