Van Dijk menjadi sasaran perpindahan beberapa kelab dengan Liverpool menjadi destinasi pilihan bintang Belanda itu.

Conte sekali lagi melepaskan kemarahannya kepada pengurusan tertinggi Chelsea selepas menyaksikan pasukannya tewas kepada Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti, semalam.

Selepas Pedro diarah keluar padang, perlawanan lebih memihak kepada Arsenal dan Chelsea tidak berpeluang untuk bangkit dengan 10 pemain.

Akhbar Mirror mendakwa, Conte sudah mengarahkan Chelsea untuk segera mendapatkan pemain baharu.

Tindakan itu menyaksikan, Chelsea akan mengemukakan tawaran kepada pertahanan tengah, Van Dijk.

Pemain pertahanan itu sememangnya ingin meninggalkan Southampton tetapi sudah menetapkan bahawa dia akan menyertai Liverpool.-AGENSI