Kepa akan tiba di Stamford Bridge dalam masa terdekat selepas Chelsea bersetuju menjual penjaga gol antarabangsa Belgium Thibaut Courtois ke Real Madrid dengan nilai 35 juta euro (RM166 juta)

Penjaga gol bersuia 23 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tujuh tahun bersama kelab gergasi Inggeris tersebut.

“Keputusan yang sangat penting bagi saya, untuk karier saya dan untuk masa dengan peribadi saya.

“Terlalu banyak perkara yang menarik minat saya ke kelab itu, termasuk gelaran yang mereka menangi selain pemain lain, bandarnya serta Liga Perdana Inggeris.,” kata Kepa menerusi lawan sesawang rasmi Chelsea.- AFP