Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cech dinobat pemain terbaik tahunan Republik Czech

PETR CECH - REUTERS
PETR CECH - REUTERS

PRAGUE 21 Mac - Walaupun sudah bersara daripada pentas antarabangsa namun itu tidak menghalang penjaga gol Arsenal, Petr Cech untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan Republik Czech buat kali kesembilan.

Pemain berusia 34 tahun itu menjadi pilihan dalam kalangan pemain, jurulatih, pegawai persatuan bola sepak serta pengamal media yang membuat undian pada tahun lalu.

Cech membuat keputusan untuk menggantungkan butnya selepas menamatkan kempen kejohanan Euro 2016 di Perancis. Dia telah mencipta rekod apabila membuat penampilan bersama skuad kebangsaannya itu sebanyak 124 kali.

Pemain tengah Hertha Berlin, Vladimir Darida menerima undian kedua tertinggi manakala Borek Dockal yang baharu sahaja berpindah dari Sparta Prague ke kelab Liga Super China, Henan Jianye berada di tempat ketiga. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain