Dalam rakaman yang disiarkan secara meluas oleh media Bri­tain, Carragher kelihatan menurunkan cermin keretanya dan meludah ke arah sebuah lagi ken­deraan selepas Liverpool tewas 1-2 kepada Manchester United, Sabtu lalu.

Media Britain melaporkan, air ludah Carragher itu telah terkena muka remaja perempuan berkenaan yang duduk di bahagian tempat duduk penumpang.

Kedengaran suara seorang lelaki berkata: “Jamie lelaki tidak bernasib baik, kalah 2-1!” sebelum Carragher bertindak balas dengan meludah ke arah individu tersebut.

Carragher, 40, berkata, dia te­lahpun memohon maaf kepada keluarga remaja tersebut, dan mengakui gagal mengawal kemarahannya.

Bekas bintang Liverpool tersebut ditugaskan membuat liputan perlawanan itu sebagai pengulas sukan untuk stesen televisyen Britain, Sky Sports. – AFP