Josh, 23, yang menjaringkan tujuh gol daripada 41 penampilan bersama Norwich dalam Liga Kejuaraan musim lalu menjadi pembelian pertama pengurus Cardiff, Neil Warnock bagi menghadapi saingan EPL musim depan.

“Saya telah mengikuti perkembangan Josh sejak beberapa tahun dan dia tidak pernah gagal mengujakan saya setiap kali membawa bola.

“Saya fikir, dia berada pada usia yang tepat sekarang dan mampu memberikan lebih banyak lagi dalam permainannya. Dia memang sasaran No. 1 kami sejak hujung musim lalu,” kata Warnock.

Butiran pembelian tidak didedahkan, namun media Britain melaporkan skuad Bluebirds membayar 10 juta pound (RM53.40 juta) untuk pemain kelahiran Wembley, London itu. - REUTERS