Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cahill pertahan tindakan bantu Lingard

KAPTEN Chelsea, Gary Cahill menjadi sasaran kemarahaan penyokong
KAPTEN Chelsea, Gary Cahill menjadi sasaran kemarahaan penyokong di laman sosial selepas dia bertindak membantu Jesse Lingaard untuk bangun selepas dijatuhkannya semasa pasukan mereka tewas 0-2 kepada Manchester United, awal pagi tadi.

MANCHESTER 17 April - Gary Cahill mempertahankan ‘semangat kesukanannya’ semasa Chelsea tewas 0-2 kepada Manchester United, awal pagi tadi.

Kapten Chelsea itu dilihat memberi bantuan kepada Jesse Lingard yang terjatuh di dalam padang dan ketika itu pertahanan Chelsea sedang diasak jentera serangan United.

Beberapa ketika selepas membantu rakan senegaranya itu, Ander Herrera meledak jaringan kedua United.

Tindakan Cahill itu menaikkan kemarahan penyokong di laman sosial tetapi dia bertindak memberi penjelasan bahawa dia lebih bimbang jika dia tidak melakukannya, dia akan memberikan sepakan penalti kepada United.

“Saya tidak melihat bagaimana perkara itu sebagai punca kepada jaringan kedua kerana saya berada jauh daripada kawasan gol.

“Naluri yang berkata situasi itu ialah 50-50 sama ada penalti atau tidak.

“Dia datang ke arah saya dan saya menarik serta menahannya.

“Naluri saya berkata, saya perlu membantunya. Kadang-kala awak akan mengikut naluri awak,” katanya.-AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain