Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Burnley buat Chelsea berputih mata di gelanggang sendiri

Reaksi pemain  Chelsea, Marcos Alonso sambil diperhati oleh pemain
Reaksi pemain Chelsea, Marcos Alonso sambil diperhati oleh pemain Burnley James Tarkowski dan Stephen Ward pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di London malam ini. Chelsea tewas 2-3. - REUTERS

LONDON 12 Ogos - Kejutan tercipta pada permulaan musim Liga Perdana Inggeri apabila juara bertahan Chelsea tewas kepada Burnley 2-3 di gelanggang sendiri.

Berstatus juara mungkin memberi tekanan kepada The Blues apabila bermula gugup dengan memberi ruang kepada Burnley mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Semuanya gara-gara apabila kapten pasukan dilayangkan kad merah pada minit 13.

Burnley mengambil peluang itu untuk menghukum Chelsea dengan mendahului sang juara pada minit 24 melalui jaringan Sam Vokes, diikui jaringan Stephen Ward pada minit 39 dan Vokes sekali lagi menghukum kegugupan penyandang juara pada minit 43.

Lebih memburukkan keadaan apabila Chelsea terpaksa beraksi dengan sembilan pemain ekoran Cesc Fabregas dibuang padang pada minit 81.

Chelsea bangkit lewat dengan Alvaro Morata menjaringkan gol pada minit 69 dan David Luiz menambah satu lagi gol biar pun ketika beraksi dengans sembilan pemain pada minit 88.

Namun semuanya sudah terlambat dan Burley memastikan Chelsea berputih mata di gelanggang sendiri.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain