Itu semua kerana Harry Kane sudah meledak lima gol hasil dua perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara manakala Ronaldo kurang satu gol dan kehebatan penyerang Spurs itu menerima penghormatan daripada jurulatih Madrid, Zinedine Zidane.

“Semua perkara berjalan dengan baik untuk Kane. Dia pemain yang lengkap dan sentiasa berusaha mencari gol. Dia ada kelajuan dan bijak mencari ruang namun kami tahu Tottenham bukan ada Kane sahaja. Kami akan bersedia untuk menghadapi mereka,” kata Zidane.

Perlawanan tersebut mencuri tumpuan kerana kedua-dua pasukan berkongsi enam mata dan tidak mempunyai perbezaan gol. Borussia Dortmund dan APOEL masih belum memperoleh sebarang mata selepas tewas dalam dua aksi pertama mereka.

“Ini merupakan final pertama dalam kumpulan dan pastinya menjadi perlawanan menarik untuk mereka yang meminati bola sepak. Diharapkan kami dapat berada di tangga teratas kumpulan,” kata bekas pemain Perancis itu lagi.

Sementara itu, jurulatih Tottenham, Mauricio Pochettino berpendapat perlawanan tersebut amat penting dan bukan sekadar mahu mendahului kumpulan.

“Ini peluang terbaik kami untuk menunjukkan kami boleh bersaing di peringkat ini,” katanya. - AGENSI