Stone perlu direhatkan selama enam minggu setelah mengalami kecederaan hamstring ketika membantu City menewaskan Leicester City 2-0 sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap Guardiola d bahagian pertahanan The Citizens.

Bagaimanapun, bos City itu tidak mahu menuding jari kepada Southgate yang menurunkan Stones dalam dua aksi persahabatan England menentang Jerman dan Brazil sewaktu rehat antarabangsa.

“Saya memahami tindakan Gareth Southgate. Dia sedang mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Piala Dunia di Rusia. Berdasarkan kalendar banyak perlawanan yang perlu diharungi oleh pemain dan sebab itu kami memerlukan skuad yang besar.

“Sebagai pengurus, kami perlu mengambil keputusan seperti ini. Saya faham, dia (Southgate) membuat keputusan demi negara,” kata Guardiola.

Dalam aksi tersebut, dua gol City masing-masing dijaringkan oleh Gabriel Jesus pada minit ke-45 dan Kevin de Bruyne empat minit selepas babak kedua. - AFP