Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bukan mudah tundukkan 
Melaka – JDT

KUALA TERENGGANU 22 Julai 2017 - Jurulatih Johor Darul Takzim

JOHOR BAHRU 13 Sept. – Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak pandang mudah tentangan Melaka United dalam saingan peringkat suku akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka Jumaat ini.

Ketua jurulatihnya, Ulisses Morais berkata, semua perlawanan adalah penting bagi skuadnya dalam usaha mencapai sejarah merangkul Piala Malaysia selepas misi sebagai pendahulu Liga super musim ini tercapai.

“Kami tidak menjangka perlawanan menentang Melaka United nanti merupakan tugasan yang mudah. Seperti sedia maklum, setiap pasukan yang menentang kami akan melakukan sehabis baik untuk mengalahkan JDT.

“Apa yang penting ialah kita cuba memperoleh gol pendahuluan dan cuba memastikan JDT tidak bolos.

“Pada masa yang sama, saya juga tidak mahu pemain hilang fokus dengan kejayaan yang dikecapi sebelum ini dan berharap pemain dapat menterjemahkan kesungguhan dalam setiap perlawanan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saingan Piala Malaysia menyaksikan JDT sebagai pendahulu peringkat kumpulan D dijadualkan berdepan Melaka United pada suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat pukul 9 malam Jumaat ini sebelum menerima kunjungan Melaka yang berada di tempat kedua kumpulan C pada 24 September ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain