Menjelang aksi separuh akhir Liga Juara-juara Eropah, Buffon tidak nampak pada tahap kelompok empat terbaik ada pasukan memiliki kelebihan sebaik Atletico yang dianggapnya boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada saingan peringkat Eropah itu.

Sebagai rekod, Atletico muncul naib juara musim lalu selepas tewas kepada musuh tradisi di La Liga iaitu Real Madrid pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti.

“Sudah tentu semangat untuk membalas dendam merupakan kelebihan mereka selain kecergasan pemain yang dimiliki berbanding tiga kelab lain kerana Atletico sudah boleh menumpukan perhatian kepada satu saingan iaitu Liga Juara Juara Eropah sahaja memandangkan mereka sudah pun terkeluar daripada perebutan kejuaraan La Liga.

“Sedangkan Real Madrid, Monaco dan Juventus sendiri sedang berebut meraih kejuaraan liga domestik. Jadi itu mungkin akan menjadi faktor kepada kelebihan buat mereka,” kata penjaga gawang berusia 39 tahun itu.

Buffon yang mengetuai Juventus menyingkirkan Barcelona di suku akhir menambah, pasukannya sudah pasti tidak boleh lagi mengelak untuk bertemu dua kelab dari Sepanyol itu selepas ini jika berhasrat untuk meraih kejuaraan Eropah buat kali pertama. - AFP