Juventus, yang muncul naib juara sejak tiga musim lepas, memerlukan kemenangan dalam kunjungan ke Athens bagi memastikan tempat mereka ke peringkat kalah mati terjamin.

Bagaimanapun, Gonzalo Higuain akan beraksi selepas menjaringkan gol kemenangan sewaktu menentang Napoli pada hujung minggu lalu, walaupun mengalami kecederaan tangan.

“Higuain akan berada di atas padang esok, kerana mahupun daripada segi fizikal dan mental dia berada dalam keadaan baik.

“Perlawanan esok amat penting. Kami masih memantau perkembangan Buffon dan Pjanic, yang mengalami masalah ketegangan otot,” kata Allegri.

Keputusan seri ataupun kalah tidak menjejaskan juara bertahan Serie A itu, melainkan Sporting Lisbon menewaskan Barcelona di Camp Nou.

“Kami tidak boleh sekadar tunggu dan lihat keputusan yang bakal dicatat Barcelona. Sama ada menang ataupun kami berdepan risiko tersingkir daripada Liga Juara-Juara. Esok, pendekatakan kami perlu jelas. Kami perlu bersabar dan manfaatkan peluang untuk mencatat kemenangan.

“Dengan (Giorgio) Chiellini terpaksa diketepikan, sama ada (Daniele) Rugani atau (Mattia) De Sciglio akan bermain. (Mario) Mandzukic juga akan diturunkan nanti,” ujar Allegri.

Allegri menambah, aksi, esok merupakan ujian penting buat penyerang Argentina, Paulo Dybala untuk kembali ke peringkat tertinggi dan menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara, musim ini, bagi menambah koleksi jaringannya yang telahpun meledakkan 12 gol dalam Serie A. - AFP