Bekas penyerang Liverpool itu bersetuju untuk memeterai kontrak dua tahun bersama kelab Australia itu.

Jurulatih berusia 44 tahun itu pernah beraksi di liga tersebut ketika menyarung jersi North Queensland Fury dan Perth Glory di antara tahun 2009 dan 2011.

“Saya berasa sangat teruja untuk berdepan dengan cabaran dan berazam untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sekali gus mencipta sejarah.

“Keluarga dan saya pernah menetap di Queensland, jadi saya berasa amat gembira kerana dapat kembali ke sini dan menjadi sebahagian daripada keluarga Brisbane Roar,” katanya.

Fowler pernah dilantik menjadi pemain dan pengurus kelab Thailand, Muangthong United pada 2011 sebelum bersara pada tahun berikutnya. - AGENSI