Jaringan Neymar dan pemain gantian, Roberto Firmino memastikan kemenangan Brazil, sekali gus bakal menemukan mereka dengan pemenang antara Belgium atau Jepun yang akan berentap pada pukul 2 pagi ini.

“Kami kena belajar menderita.

“Ia perlawanan yang sukar dan kami tahu kualiti yang ada pada lawan kami,” kata Neymar.

Penyerang Paris Saint-Germain itu menyudahkan hantaran silang Willian pada minit ke-51 untuk meletakkan Brazil di depan.

Dia kemudian mencipta gerakan untuk gol kedua yang dihasilkan bintang Liverpool, Firmino pada minit ke-88.

“Saya sangat gembira dengan persembahan kami, tetapi yang lebih penting pasukan ini menang,” katanya.

Brazil dikritik hebat ketika memulakan kempen Kumpulan E apabila sekadar seri 1-1 dengan Switzerland, sebelum bangkit menewaskan Costa Rica dan Serbia 2-0. - AFP