Pemain berusia 24 tahun itu yang menandatangani perjanjian selama lima tahun, dilaporkan bernilai 25 juta pound (RM117 juta).

“Tiada rahsia bahawa Jefferson merupakan pemain yang kami buru pada musim panas ini. Jefferson merupakan pemain yang berbakat besar dan seorang atlet yang bagus mampu membawa perubahan permainan di bahagian tengah kami.

“Dia memiliki banyak kualiti yang sesuai dengan Liga Perdana dan saya tidak sabar untuk bekerja dengannya,” kata pengurus Bournemouth, Eddie Howe.

Lerma, yang beraksi dalam kesemua empat perlawanan bersama Colombia pada Piala Dunia di Rusia termasuk tewas kepada England di peringkat 16 terbaik, menjaringkan tiga gol dalam 93 penampilan pada semua pertandingan untuk Levente sepanjang lebih tiga musim.

“Saya memang suka dengan gaya permainan bola sepak Liga Perdana dan sangat gembira diberi peluang ini. Saya berharap dapat melakar kejayaan dan memberikan sumbangan penting kepada kelab,” kata Lerma.

Kali pertama Bournemouth dinaikkan ke Liga Perdana ialah pada 2015, dan menamatkan saingan di kedudukan ke-12 pada musim lalu, manakala penggal sebelum ini ialah di tempat kesembilan. - AFP