Ini disahkan agen pemegang rekod dunia acara 100 meter tersebut, Ricky Simms. Sebaliknya kata Simms, pelari Jamaica itu lebih berminat untuk kekal di Australia dalam usahanya untuk menjadi seorang pemain bolasepak profesional.

Ketika ini Bolt masih menjalani ujian bersama kelab utama Australia, Central Coast Mariners sejak Ogos lalu dan sudah berjaya menjaringkan dua gol dalam satu aksi persahabatan minggu lalu.

Walaupun Valletta yang merupakan juara Liga Perdana Malta dan ditunjangi kewangannya oleh pelabur dari UAE, Simms berkata, Bolt tetap tidak berminat termasuk beberapa tawaran lain. - AFP