Juara Olimpik lapan kali itu sudah menjalani ujian percubaan bersama kelab A-League itu sejak Ogos lalu dengan harapan untuk memenuhi impiannya menjadi pemain bola sepak.

Bintang berusia 32 tahun itu menjadi perhatian dunia selepas berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi persahabatan pra-musim.

Bagaimanapun, kemampuannya menjadi persoalan dan dilaporkan, kelab itu hanya akan membayar sebahagian daripada AS$2.1 juta (RM8.75 juta) yang diminta pengurusan Bolt de-ngan bantuan penaja luar bagi merealiasasikan kontrak itu.

“Seperti dimaklumkan, pihak kelab dan Ricky Simms sudah me-ngadakan perbinca­ngan bersama wakil luar untuk menjadi penyelesaian ko-mersial yang dipersetujui semua pi­hak.

“Meskipun terdapat perjanjian menarik daripada beberapa pihak, Bolt dan Central Coast Mariners sudah memutuskan bahawa kontrak itu gagal dipersetujui dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya Mariners dalam satu kenyataan.

Pemegang rekod dunia acara 100m yang bersara daripada dunia olahraga tahun lalu, sudah menjalani beberapa siri percubaan dengan kelab di Jerman, Afrika Selatan dan Norway.

“Saya ingin mengucapkan te-rima kasih kepada pemilik Central Coast Mariners, pengurusan, kakitangan, pemain dan penyokong kerana menerima saya dengan baik sepanjang saya bersama mereka.

“Saya mendoakan kejayaan mereka untuk sepanjang musim ini,” kata Bolt.– AFP