DATUK ISMAIL KASSIM
DATUK ISMAIL KASSIM 

Datuk Ismail Kassim (Bebas-Tambun Tulang) berkata, bola sepak adalah sukan utama yang diminati seluruh rakyat negeri ini dan ia perlu dihidupkan kembali dengan cara apa sekali pun.

Katanya, beliau sedar bukan mudah untuk menguruskan pasukan negeri kerana memerlukan perbelanjaan yang banyak dan kerajaan negeri sememangnya tidak mampu jika hendak dibandingkan dengan Johor atau Perak yang mempunyai sumber kewangan kukuh.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri sekurang-kurangnya cari jalan bagaimana mendapat penajaan. Kalau tidak mampu juga, kita swastakan prasarana seperti stadium dan pasukan negeri ini yang akhirnya boleh memberi manfaat.

“Biar pihak luar (swasta) uruskan pasukan bola sepal Perlis supaya menjadi pasukan hebat dan digeruni seperti sebelum ini,” katanya ketika memberi pandangan dan bertanyakan soalan tambahan mengenai langkah kerajaan negeri untuk membantu PFA keluar daripada kemelut.

Menjawab soalan tambahan tersebut, Pengerusi Belia dan Sukan negeri, Hamizan Hassan berkata, pihaknya ada membantu PFA termasuk sedang berusaha untuk menghidupkan kembali liga tempatan.

Malah katanya, kerajaan negeri juga membantu daripada aspek pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

“Bagaimanapun jika melibatkan kemelut PFA, kita tidak akan campur tangan kerana sistem pengurusan ini tidak berjalan lancar,” katanya.- UTUSAN ONLINE