Dalam perlawanan separuh akhir sebentar tadi, gol-gol Korea Selatan dijaringkan oleh Lee Seung-woo (min. 7, min. 55) dan Hwang Ui-jo (min. 30), manakala gol Vietnam hadir menerusi Tran Minh Vuong pada minit ke-70 menerusi sepakan percuma.

Pada perlawanan akhir Sabtu ini, Korea Selatan akan bertemu pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir di antara Jepun dan UAE yang akan bermain malam ini. - AFP