Pengendali Reds, Jurgen Klopp memberi rehat lima hari kepada semua pemain sebelum mereka memulakan persiapan untuk menentang Tottenham di Madrid pada 2 Jun.

Penyerang Brazil, Roberto Firmino yang belum pasti dapat diturunkan dalam perlawanan akhir memuat naik gambar menaiki jet peribadi bersama isterinya, Larissa dan anak mereka, Bella serta Valentina di lokasi yang tidak dinyatakan.

Mohamed Salah, Fabinho dan penjaga gol, Simon Mignolet pula memilih ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi sebagai destinasi untuk menenangkan fikiran bersama keluarga.

Turut berkongsi gambar percutian adalah penjaga gol Brazil, Alisson, pemain pertahanan, Dejan Lovren dan penyerang, Daniel Sturridge. - AGENSI