Jersi home berwarna lebih putih berbanding musim lalu, berkolar V, bersama tiga jalur biru di bahu manakala jersi away kembali menggunakan warna hitam, warna yang dipakai pemain ketika kelab itu meraih kejayaan sebelum ini, termasuklah ketika memenangi Liga Juara-juara pada tahun 2000.

Lencana berwarna biru kehijauan dan emas menjadikan jersi baharu ini lebih menarik.

Di bahagian bawah kedua-dua jersi, terdapat lambang memperingati ulang tahun ke-115 kelab.

Ini bermakna Real akan me­ngucapkan selamat tinggal kepada kit ungu yang dipakai dalam kempen musim lepas ketika memenangi Liga Juara-juara dengan kemenangan 4-1 ke atas Juventus di Cardiff.

Gareth Bale telah memperagakan model kit baharu ini bersama rakan sepasukan Karim Benzema, Toni Kroos, Marcelo, Isco dan Nacho manakala pengurusnya, Zinedine Zidane juga tampil dengan tracksuit baharu.

Rekaan ini merupakan yang terkini dalam prestasi teknologi Adidas yang mana kain jenis Climacool akan memastikan pemain kekal selesa walaupun suhu meningkat.

Kain baharu ini lebih lembut, sesuai dipakai ketika latihan dan sebagai pakaian harian. – AGENSI