Bekas bintang Liverpool dan England itu memuat naik gambar­nya sedang berada di Restoran La Perle di Instagram sebelum insiden berlaku, sekali gus menimbulkan suasana panik dalam kala­ngan peminat yang mendoakan pemain itu selamat.

“Sudah jumpa tempat yang sesuai untuk malam ini #paris #cafelaperle,” tulis Kelly dalam Instagram dengan disertai gambar restoran berkenaan.

Tidak lama selepas dia memuat naik status itu, restoran tersebut disebut sebagai antara yang menjadi sasaran pengganas dalam sera­ngan yang mengorbankan lebih 150 orang itu.

Tembakan dilepaskan sekurang-kurangnya di dua buah restoran, manakala dua letupan kuat berlaku berhampiran Stade de France, di mana perlawanan bola sepak persahabatan Jerman dan Perancis sedang berlangsung.

Bimbang dengan nasib Kelly, Instagram dan Twitter milik bekas pemain kebangsaan England itu dihujani ribuan mesej.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas diselubungi rasa cemas, Palace akhirnya membuat pengumuman yang cukup melegakan apabila mengesahkan mereka te­lah dihubungi oleh pemain berusia 25 tahun itu yang memaklumkan dia berada dalam keadaan selamat dan sihat.

“Bagaimana dia boleh keluar dengan selamat,” tulis seorang pengikut Instagram Kelly yang menggunakan akaun eoin_cassidy.

“Dia meninggalkan restoran 13 minit sebelum serangan berlaku,” kata seorang lagi peminat, aria­nitkuqi. – AGENSI