Beliau yang masih bermain untuk kelab Juventus berkata, sudah tiba masa dia berhenti menyumbang tenaga untuk negaranya selepas memberikan yang terbaik untuk menjulang nama Croatia di mata dunia.

“Saya telah puas menyumbang kepada kejayaan bola sepak Croatia. Kejayaan membawa Croatia muncul naib juara Piala Dunia telah memberi tenaga baharu kepada saya untuk membuat keputusan ini kerana ia menjadi lebih mudah,” katanya dalam satu surat yang dihantar kepada Persatuan Bolasepak Croatia sebelum diedarkan kepada media.

Sepanjang kariernya, penyerang tinggi lampai ini telah berjaya menjaringkan 33 gol dalam 89 penampilan bersama Croatia untuk muncul penjaring kedua terbanyak negaranya selepas Davor Suker.

Croatia tewas 2-4 kepada Perancis di final Piala Dunia Julai lalu. Mandzukic dilihat bakal bergandingan dengan Cristiano Ronaldo di Juventus musim baharu ini. - AFP