Bibi Ramjani berkata, kemenangan ke atas PKNS FC amat diperlukan oleh Kelantan bagi memastikan mereka terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

“Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik menentang PKNS FC. Perlawanan ini amat penting kerana ia akan menentukan masa depan Kelantan.

“Saya anggap perlawanan ini lebih penting daripada aksi final yang memerlukan kemenangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelantan kini berada di zon penyingkiran selepas tumbang 0-3 di tangan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi di Larkin Rabu lalu.

Kelantan berada di tangga ke-10 dalam carta Liga Super dengan 18 mata dan hanya dibezakan satu mata dengan Sarawak di tempat ke-11. - UTUSAN ONLINE