Solskjaer diberi tanggungjawab sementara bagi menggantikan Jose Mourinho hingga penghujung musim ini dan berjaya meraih lima kemenangan sejak berada di Old Trafford.

Kebanyakan pemain United berharap Solskjaer diberikan jawatan tetap selepas legenda kelab itu berjaya memberikan impak positif kepada semua dan bekas penyerang The Red Devils itu percaya dia adalah individu terbaik untuk posisi itu.

“Sekiranya prestasi mereka berterusan seperti ini, tiada sebab untuk dia tidak mendapat jawatan itu.

“Dia melakukan kerjanya dengan cemerlang. Pada penghujung musim, jika mereka kekal seperti ini, United seharusnya memberikan jawatan itu kepadanya tidak kira sama ada berjaya berada di kelompok empat teratas atau tidak,” katanya.-AGENSI