Pengendali berusia 47 tahun itu mengakui dia perlu membuat keputusan malah berkata kempen kelayakan Piala Dunia 2018 merupakan tugas terakhirnya bersama Wales namun terdapat bayangan mengatakan Coleman juga bakal membuat pusingan U.

Wales mengadakan perlawanan persahabatan pada bulan depan dan kontrak Coleman tamat hingga hujung musim panas depan.

“Terdapat peluang untuk saya kekal dan ada sebab untuk tidak. Saya tidak boleh memberi jawapan buat masa sekarang. Ini bukan melibatkan soal menandatangani kontrak baharu semata-mata. FAW (Persatuan Bola Sepak Wales) memberi kerjasama dengan baik kepada saya.

“Saya minta mereka masa kerana kontrak masih berjalan dan semua soalan diajukan. Saya mahu fokus untuk mendapatkan keputusan. Pasti akan ada perbincangan mengenai hal ini dan aksi persahabatan bulan depan. Kontrak saya hingga musim panas depan namun buat masa sekarang saya fikir tentang pengalaman.

“Saya mahu kembali ke pangkuan keluar dan memerlukan sedikit masa dan apabila keadaan kembali tenang kita lihat apa yang boleh dilakukan,” kata Coleman.

Mengulas lanjut mengenai kekalahan kepada skuad kendalian James McClean, Coleman mengakui bukan mudah untuk dia bersama barisan kejurulatihan dan pemain untuk menerimanya dan berharap kekecewaan itu tidak mematahkan semangatnya.

“Jika anda bertanya kepada mana-mana pengurus selepas mereka kalah, pasti mereka mahu menjauhkan diri. Enam tahun saya mengemudi pasukan ini. Saya tidak boleh bercakap mengenai masa depan saya kerana jujurnya saya tidak memikirkannya langsung,” kata Coleman. - AGENSI