Berbatov, 36, sebelum ini pernah beraksi bersama Tottenham, Manchester United serta Fulham dan kini sedang mencari peluang untuk kembali beraksi di England.

“Saya mahu beraksi dan jujur saya katakan saya sudah mengadakan perbincangan bersama beberapa pengurus termasuk Sunderland.

“Tetapi akhirnya tiada apa yang berlaku.

“Pada usia begini saya hanya mahu bermain bola sepak.

“Hanya mahu beraksi untuk satu perlawanan atau satu tahun lagi. Menikmati saat-saat indah bersama rakan sepasukan, dunia bola sepak, padang dan penyokong.

“Seperti yang saya katakan, tiada apa yang berlaku akhirnya,” kata Berbatov yang kini tidak mempunyai sebarang kontrak dengan mana-mana pasukan selepas meninggalkan kelab Greece, PAOK Salonika pada musim panas lalu. - AGENSI