Pemerhati bola sepak menyifatkan wakil benua Amerika Selatan itu dilihat bergantung sepenuhnya kepada empat tonggak pertahanan mereka iaitu Diego Godin, Jose Gimenez, Martin Caceres dan Diego Laxalt sehingga mampu mara sejauh ini dan dianggap antara antara gandingan terbaik pada kejohanan edisi ke-21 tersebut.

Ketika barisan serangan Uruguay mahu pun Perancis bergantung kepada skil individu, kunci yang mampu memisahkan kedua-dua pasukan nanti bakal terletak kepada sejauh mana mereka bertahan.

Uruguay memiliki kelebihan berbanding Perancis yang mengharapkan kepantasan Kylian Mbappe.

Namun jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez tidak mahu pertahanannya termakan pujian melangit, sebaliknya mahu mereka fokus dalam menyekat jentera serangan Perancis.

“Jika beri Perancis ruang, kami akan berada dalam kesukaran,” kata Tabarez sebagai amaran kepada bentengnya yang cemerlang tanpa dibolosi di peringkat kumpulan.

Kecuali pemain Portugal, Pepe setakat ini yang berjaya merobek gawang Uruguay ketika kedua-dua pasukan bertemu di pusingan kedua yang menyaksikan Edinson Cavani muncul wira kemenangan mereka.

Dengan kecergasan Cavani meresahkan pengendali berusia 71 tahun itu, rekod jaringan bagaimanapun agak seimbang berbanding Perancis dengan tujuh gol setakat ini.

Ini bermakna kekuatan serangan kedua-dua pasukan setanding kerana selain Cavani, Uruguay ada Luis Suarez dan Perancis ada Antoine Griezmann yang berpasangan dengan Mbappe. – AFP