Legenda Real Madrid itu telah mengambil keputusan untuk bersara, dua minggu lalu selepas mengalami serangan jantung ketika sesi latihan bersama kelab Primeira Liga itu.

Begitupun Casillas, yang menjalani pembedahan kecemasan lima hari kemudian, berkata dia akan menentukan persaraannya apabila tiba masanya.

“Bersara? Masa untuk saya bersara akan tiba. Saya akan umumkannya apabila saya bersedia.

“Buat masa ini, bertenang. Saya memiliki temu janji dengan Dr Filipe Macedo semalam dan segalanya berjalan lancar. Itu berita yang mahu saya kongsikan,” katanya.

Casillas telah beraksi lebih daripada 700 perlawanan untuk Real sebelum menyertai Porto secara percuma pada 2015. - AGENSI