EDEN HAZARD - AFP

Belgium yang sudah pun mengesahkan tiket ke Rusia tetap bernafsu untuk memburu kemenangan dalam aksi terakhir mereka dan dua jaringan Hazard dilakukan pada minit ke-12 dan minit ke-63. Adiknya, Thorgan turut menjaringkan gol pada minit ke-52 dan gol terakhir Belgium dilakukan oleh Romeru Lukaku 12 minit sebelum tamat.

Jurulatih Belgium, Roberto Martinez melakukan lima pertukaran terhadap pasukannya selepas menumpaskan Bosnia 4-3 pada Sabtu lalu apabila pemain tengah, Kevin De Bruyne direhatkan manakala Marouane Fellaini mengalami kecederaan. - REUTERS