Serge Gnabry dan Leroy Sane menjaringkan gol menarik untuk meletakkan skuad kendalian Joachim Low selesa 2-0 sebelum waktu rehat aksi Kumpulan C, awal pagi tadi.

De Ligt menjaringkan gol pertamanya di peringkat antarabangsa sejurus babak kedua bermula sebelum Memphis Depay menyamakan kedudukan buat skuad Ronald Koeman.

Jerman bagaimanapun berjaya meraih tiga mata penting menerusi jaringan lewat permainan Nico Schulz.

De Ligt yang juga kapten Ajax menerima hakikat bahawa skuad Belanda tidak agresif pada separuh masa pertama.

“Separuh masa pertama kurang baik. Kami tidak beri tekanan dan mereka memiliki banyak ruang.

“Jerman memiliki ramai pemain berbakat seperti Sane, Gnarby, (Leon) Goretzka dan (Toni) Kroos.

“Mungkin kami takut untuk serang Jerman. Separuh masa kedua keadaan lebih baik tetapi sudah lewat,” katanya.- AGENSI