Skuad Oranje bergelut untuk mengesahkan ke Rusia tahun depan, selepas menduduki tangga keempat Kumpulan A dengan tujuh mata di belakang pendahulu Perancis (13 mata), Sweden (10 mata) dan Bulgaria (9 mata).

Belanda dikendalikan oleh pemangku jurulatih Fred Grim dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kuip, Rotterdam itu, sementara menunggu Dick Advocaat, yang akan dilantik secara rasmi sebagai pengendali baharu Oranje esok.

Mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan, Belanda mudah menyumbat tiga gol pada babak pertama hasil jaringan Joel Veltman pada minit ke-13 dan ke-36 di samping penalti dari Arjen Robben (minit ke-32).

Belanda kemudian menambah dua lagi gol selepas waktu rehat menerusi Davy Klaassen dan Vincent Janssen, masing-masing pada minit ke-69 serta ke-75, sekali gus mengecewakan Ivory Coast yang dibimbing oleh bekas pengendali Belgium Marc Wilmots.

Ini merupakan kali ketiga Advocaat membimbing skuad kebangsaan Belanda. - AFP