Tandukan pada babak pertama permainan oleh kapten Belanda, Van Dijk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 di Amsterdam.

Dengan pertahanan Jerman yang mempamerkan persembahan mengecewakan, jaringan lewat permainan oleh Memphis Depay dan seorang lagi bintang Liverpool, Georginio Wijnaldum memastikan Oranje mencipta kenangan yang indah di Arena Johan Cruyff Amsterdam.

Kemenangan tersebut merupakan kali pertama dicatat Belanda ke atas Jerman dalam tempoh 16 tahun dan kekalahan yang menimpa skuad bimbingan Loew itu secara tidak langsung meningkatkan tekanan ke atas jurulatih berkenaan agar melepaskan sahaja jawatan yang disandangnya selepas 12 tahun menerajui skuad kebangsaan negaranya.

Pada ketika ini, Jerman sedang mengharungi hari yang gelap selepas beraksi buruk dalam Piala Dunia setelah tersingkir seawal saingan kumpulan dan menghuni kedudukan tercorot.

Kekalahan pada perlawanan ke-168 Loew di pentas antarabangsa bermakna Jerman sekali lagi berada di kedudukan tercorot, namun, kali ini mereka menghuni tempat tersebut dalam Kumpulan Satu, Liga Negara-Negara Eropah. - AFP