Bekas pegawai pasukan itu, Rizal Budiman, 45, berkata, masalah tunggakan gaji itu bermula sekitar bulan November 2016 dan berterusan sepanjang musim 2017 lalu.

“Sekurang-kurangnya berilah kami jawapan, kalau terus diam macam ini, susahlah. Bukan sebulan dua (tunggakan gaji), tapi sudah lebih 12 bulan, bagaimana kami hendak meneruskan kehidupan seharian.

“Ada antara pemain yang terpaksa bekerja kampung, kerja di pusat cuci kereta dan macam-macam lagi. Itu belum bab kereta kena tarik sebab tidak mampu bayar ansuran bulanan,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.

Rizal berkata, gaji diterima mereka antara RM2,000 hingga RM12,000 dan tunggakan ditanggung pihak pengurusan pasukan itu dianggarkan berjumlah kira-kira RM3 juta.

“Kami sudah banyak bertolak ansur dan bersabar sebelum ini demi menjaga nama baik persatuan, namun pengorbanan kami seolah-olah langsung tidak dihargai pihak pengurusan Kuantan FA,” katanya. - UTUSAN ONLINE