Aziz, 54, meninggal dunia pada pukul 4.30 petang tadi di Hospital Pulau Pinang selepas koma akibat darah tinggi.

“Saya mewakili FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham bekas kapten bola sepak Pulau Pinang, Aziz Azizan yang menghembuskan nafas terakhir petang tadi.

“Semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa rohnya. Al-Fatihah,” kata Hamidin yang dipetik daripada Facebook rasmi FAM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE