Terry yang bersama Chelsea sepanjang kerjayanya, pada musim lalu bersama Aston Villa.

Kini dikhabarkan pasukan Birmingham mahukan dia menjadi tenaga jurulatih mereka dengan Thierry Henry bakal mengambil alih jawatan pengurus di Villa Park selepas pemecatan Steve Bruce awal minggu lalu.

“Selepas 23 tahun yang hebat sebagai pemain bola sepak, saya sudah membuat keputusan sekarang merupakan masa yang terbaik untuk bersara dari bermain,” kata Terry melalui mesej di Instagram.

Terry mewakili Englang sebanyak 78 kali, baru-baru ini menolak tawaran untuk menyertai Spartak Moscow, dengan mengatakan berhijrah ke Russia tidak baik untuk keluarganya.

Namun, kerjayanya terhebap bersama kelab bola sepak yang akan terus diingati sudah tentu ketika bersama Chelsea di mana dia menang lima kejuaraan Liga Perdana, lima piala FA dan LIga Jura-Juara serta LIga Eropah. - AFP