Memulakan musim baharu dengan mengecewakan, gergasi Sepanyol itu mencatat kekalahan terbaru apabila dimalukan 1-5 oleh musuh tradisi Barcelona.

Ini menyaksikan jurulatih Real, Julen Lopetegui dipecat dan Santiago Solari menjadi pengendali sementara kelab yang berada pada kedudukan kesembilan dalam carta La Liga dengan tiada kemenangan sejak 22 September lalu.

“Saya tidak kata ia suatu krisis.

“Apabila anda kerap mencapai kejayaan dan tidak dapat beraksi dengan baik dalam beberapa perlawanan, orang akan memperkatakan mengenainya tetapi ia tidak mengapa,” kata Beckham yang berada di sini untuk mengendalikan klinik bola sepak remaja.

Beckham beraksi selama empat tahun dengan Real dari 2003 hingga 2007 dan memenangi gelaran liga dalam penampilan terakhirnya dengan kelab berkenaan.

Real mencatat rekod memenangi 13 gelaran Eropah di bawah pengendalian bekas rakan sepasukan Beckham, Zinedine Zidane pada musim lepas sebelum jurulatih dari Perancis itu meletakkan jawatan dan digantikan dengan Lopetegui.

“Real sedang menghadapi beberapa perubahan dan saya rasa kesemua kelab terkemuka juga mengalami masalah sama,” kata Beckham. – AGENSI