Meskipun Bayern mencatatkan kemenangan, namun dia tidak begitu gembira dengan corak permainan bertahan yang ditampilkan CSKA selain tidak begitu gembira kerana beraksi di dalam keadaan tertutup.

"Ini merupakan kali pertama saya beraksi tanpa penyokong di dalam stadium. Kebiasaannya saya beraksi di dalam stadium yang penuh dengan penyokong," kata Robben selepas badan induk bola sepak Eropah, UEFA mengarahkan perlawanan itu berlangsung di dalam stadium yang kosong ekoran penyokong CSKA yang bersikap perkauman.

Robben juga percaya bola sepak adalah permainan melibatkan dua pasukan, tetapi berdasarkan kepada pemantauannya dalam perlawanan itu hanya satu pasukan sahaja yang menyerang.

Dia sukar untuk melakukan gerakan-gerakan menarik untuk menembusi benteng pertahanan, tetapi Bayern juga berjaya mencari jalan untuk mencipta kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 bagi memenangi saingan Kumpulan E itu.

"Satu gol sudah memadai hari ini (semalam) dan kami sangat gembira dengan kemenangan ini serta membawa pulang tiga mata," kata jurulatih Bayern, Pep Guardiola yang nyata terkejut dengan barisan pemain pertahanan yang diturunkan CSKA dalam pertemuan itu.

Perlawanan tersebut mengingatkannya kepada salah satu pertemuan Bundesliga yang membabitkan skuad bimbingannya.

"Tidak lama sebelum ini, ketika kami bertemu Colognen, mereka bermain sama seperti CSKA hari ini. Kami cuba menggerakkan bola dan menembusi pertahanan mereka," ujar Guardiola.

Meskipun kalah kali kedua berturut-turut, ketua jurulatih CSKA, Leonid Slutski tetap yakin pasukannya itu mampu ke saingan kalah mati.

"Meskipun berdepan masalah dengan pemilihan pemain untuk bertemua Bayern yang mendominasi keselusuhan permainan, kami memutuskan untuk menggunakan tiga pertahanan tengah. Secara keseluruhan, saya fikir cara ini berkesan.

"Masalahnya ialah kami tidak mampu menjaringkan gol meskipun berpeluang. Kami berminat dengan statistik permainan berbanding kawalan bola. Sebagai contoh, mereka memiliki lapan percubaan tepat dan kami ada lima. Tidak banyak beza. Kami mencipta peluang yang hebat tetapi mereka tidak," kata Slutski. - REUTERS