Juara Bundesliga itu kelihatan memerlukan jurulatih baharu setelah hanya berada di tempat keenam selepas tujuh perlawanan di bawah kendalian Kovac.

Stesen radio Perancis, RMC Sport melaporkan Zidane berpotensi untuk menggantikan Kovac kerana ketika ini dia tidak terikat dengan mana-mana kelab setelah meninggalkan Real Madrid pada musim panas lalu.

Namanya menjadi pilihan berikutan kejayaannya memim­pin Los Blancos menjulang trofi Liga Juara-juara buat kali ketiga berturut-turut. – AGENSI