Leipzig me­lebarkan kelebihan mereka kepada enam mata selepas membenam Freiburg 4-1 pada Jumaat lalu dan Bayern harus berterima kasih kepada Hummels yang menjaringkan gol kemenangan selepas memanfaatkan tendangan sudut Joshua Kimmich pada minit ke-56 di Allianz Arena.

Thiago Alcantara meletakkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti di depan pada babak pertama, bagaimanapun Leverkusen menyamakan kedudukan menerusi Hakan Calhanoglu sebelum gol Hummels mengesahkan kemenangan Bayern.

Dalam babak kedua, pemain Le­verkusen, Kevin Kampl dan Kevin Volland hampir menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan.

Kemenangan tersebut meletakkan Bayern di anak tangga kedua selepas terikat 1-1 dengan Hoffenheim, tewas 0-1 kepada Borussia Dortmund. Mereka juga kalah 2-3 kepada Rostov dalam kempen Liga Juara-juara.

“Satu kemenangan penting, kami perlu bertindak balas dan saya rasa kami ada peningkatan.

“Setiap pasukan pasti mahu berada di atas, yang sangat penting sebelum musim ini melabuhkan tirai, tetapi tahniah kepada Leipzig, mereka mengharungi musim yang hebat,” ujar Ancelotti. – AFP