Bayern mara ke peringkat empat terbaik itu sebanyak tujuh kali dalam sembilan musim selepas mereka mencatat kemenangan agregat 2-1 berikutan kejayaan timbal balik pertama di Sepanyol, minggu lepas.

“Sevilla merupakan sebuah pasukan yang bagus, untuk tempoh yang agak lama kami gagal menguasai di bahagian tengah, tetapi kami berjaya menyekat mereka daripada menjaringkan gol, itu yang paling penting,” kata pemain sayap Bayern, Arjen Robben.

Sevilla yang membida aksi ke separuh akhir buat kali pertama, gagal merealisasikan impian mereka itu meskipun berjaya menyekat jentera serangan Bayern yang hanya mampu melakukan 51 peratus penguasaan bola.

“Saya bangga dengan pasukan saya, mereka mempamerkan personaliti dan perwatakan hebat menentang lawan yang sangat handal, ia bukan satu perkara mudah.

“Kami boleh berasa bangga dengan apa yang telah kami lakukan di sini, dan sepanjang aksi kami dalam Liga Juara-Juara,” kata bos Sevilla, Vincenzo Montella. - AFP