Katanya, biar nasib tidak berpihak kepada mereka awal pagi tadi namun Bayern perlu tampil dengan mentaliti dan aksi berbeza pada aksi kedua separuh akhir di laman lawan minggu depan.

“Madrid tetap Madrid. Lihat bagaimanapun tenangnya mereka menyempurnakan peluang yang ada. Kami pula perlu memiliki mentaliti berbeza dan naluri pemusnah selepas ini terutama di depan gol.

“Kami tidak akan berputus asa kerana pernah menang di tempat mereka tahun lalu,” kata Mueller merujuk kemenangan 2-1 pada suku akhir kedua di Madrid pada 2017 tetapi kemudiannya tersingkir dengan agregat 3-6 selepas masa tambahan. - AFP