Namun, skuad bimbingan Jupp Heynckes masih gagal menyekat wakil dari Perancis itu mara sebagai juara kumpulan B.

Biarpun kedua-dua pasukan itu, lebih awal mengesahkan tempat ke pusingan namun mereka tetap mempamerkan aksi berkualiti.

Tiga gol tuan rumah dijaringkan menerusi dua jaringan Corentin Tolisso dan satu lagi menerusi Robert Lewandowski manakala gol tunggal pasukan pelawat diledakan oleh Kylian Mbappe.

Kemenangan itu juga menyaksikan Bayern berjaya membalas dendam selepas dimalukan di Paris pada pertemuan pertama setelah tewas 0-3 kepada skuad kendalian Unai Emery.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi kumpulan sama menyaksikan Celtic tewas 0-1 kepada Anderlecht.- AGENSI