''Secara terperinci alasan kerana keputusan itu dibuat.... UEFA mendakwa Ribery bersalah kerana melakukan serangan.

"FC Bayern tidak dapat menerima keputusan ini dan semua tuduhan ini tidak benar.

''Tuduhan menyerang amat tidak kena dalam kes ini.

"Ribery tidak boleh dituduh sengaja mahu mencederakan lawannya. Lisandro Lopez mampu meneruskan permainan tanpa sebarang kecederaan.

''FC Bayern dan Franck Ribery tidak boleh menerima keputusan ini dan kami akan membuat rayuan, menggunakan apa juga saluran udang-undang,'' kata kelab Bundesliga itu dalam laman web mereka, semalam.

Ribery diarah keluar padang kerana terjahan keras ke atas penyerang Olympique, Lyon Lopez pada perlawanan separuh akhir pertama, minggu lalu.

Kad merah tersebut, bermakna dia secara automatik digantung daripada perlawanan separuh akhir kedua di Perancis Selasa lalu, di mana Bayern menang 3-0 dan mara ke final dengan agregat 4-0.

Badan bola sepak Eropah, UEFA kemudiannya membuat keputusan menambah hukuman kepada dua perlawanan lagi.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara akan diadakan di stadium Real Madrid, Santiago Bernabeu pada 22 Mei ini, menentang Inter Milan.

Ketiadaan Ribery, itu pun jika hukuman tersebut kekal, bakal memberi tamparan hebat buat Bayern yang mara ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak memenangi kejohanan tersebut pada 2001.

Pemain Perancis itu menyertai kelab tersebut pada 2007 dan pantas memberi impak, membantu kelab Bavaria itu memenangi kejuaraan liga dan piala berganda pada musim pertamanya di kelab itu.

Pemain berusia 27 tahun itu belum lagi memutuskan sama ada akan kekal di Bayern pada penghujung musim ini.

Insiden Ribery dibuang padang ketika menentang Lyon, berlaku selepas dia disoal siasat oleh polis Perancis berhubung kes pelacur. - Reuters